leftenan tau yang dia akan salahkan kerajaan pusat kerana pentadbiran feri berada dibawah jagaan Perlabuhan Penang. jadi mula lah dia maki hamun kerajaan, maki hamun syed mokhtar yang ada pegangan saham dalam Port tu. kronisme,korup bla bla..cakap sampai tersembur air liur....
baru di peringkat cadangan ja tau...makluman balas orang ramai amat diperlukan |
Lepas dia habiskan ayat 'BN makan duit rakyat',setepek Leftenan sound dia. agaknya dia ni buta kayu kot. kan dalam notis yang dikeluarkan tu bukan kuat kuasa serta merta, pihak SPPP (Suruhanjaya Perlabuhan Pulau Pinang) cuma nakkan makluman orang ramai pasal cadangan mereka. jadi kalau ada yang setuju hantarlah bantahan tu pada saluran yang sepatutnya.
lagi satu, member Leftenan sorang ni tak tau yang kali terakhir kadar tambang Feri disemak adalah pada tahun 2005 iaitu sepuluh tahun yang lepas. jadi leftenan rasa cadangan yang dikemukakan SPPP tu rasional dan kena pada masanya.
ni leftenan nak tanya hangpa la...adakah hangpa memang jadikan feri ni sebagai pengangkutan harian? leftenan tak rasa macam tu...leftenan naik feri ni sekali dengan kereta cuma nak relaks-relaks sambil rasa angin laut. jadi feri ni cuma sekadar produk perlancongan. lama kelamaan dah takdak dah orang nak naik feri pi seberang. nak tunggu feri mai tu bukan main lama lagi. baik ikut jambatan ja. hehehe
P/S~ kalau orang penang boleh akur dengan cukai KATIL takkan dengan tambang Feri ni pun nak berkira na? hehehehe