Tuesday 4 November 2014

syarikat kroni BN dalang Pembalakan haram di Sabah.

Apa nak jadi dengan sabah sekarang ini?

sudahlah kurang diberi perhatian oleh Kerajaan. sekarang diragut pulak kekayaannya

Pembalakan haram terus menjadi isu hangat di Sabah. Beratus-ratus pokok balak ditebang setiap hari di Sabah. penebangan balak secara haram ini menjadi punca kepada bencana banjir kilat yang berlaku di Sabah baru-baru ini.

yang menjadi persoalan aku dimanakah PBT?Dimanakah jabatan hutan? siapakah yang memberi lesen kepada syarikat balak untuk menebang balak dengan sewenang-wenangnya ni?

adakah Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman terlibat sekali? kerana seperti yang kita semua tau Ketua Menteri sangat berkuasa dalam hal ehwal tanah dan taman hutan di Sabah ini. jadi tidak hairanlah kalau dia boleh mengurniakan permit kepada sebuah syarikat kroni BN iaitu   Green Power Solution Sdn Bhd (GPS). Syarikat ini  juga terlibat dalam kegiatan penebangan balak secara besar-besaran di Tawau.




Setakat ini Green Power Solution Sdn. Bhd telah menebang hutan-hutan simpan di Sabah seluas 150 Hektar diatas nama projek loji Geoterma. khabarnya projek itu adalah untuk membangunkan projek jana tenaga TETAPI aku tertanya-tanya mana pergi semua pokok dan balak yang ditebang tu? kene sorok dengan jin ke....

projek Geoterma ini juga mengakibatkan penduduk hilang tempat tinggal kerana di usir oleh pemaju. wah sudahlah GPS sdn bhd ni syarikat asing,berani pula mereka usir penduduk disitu? memanglah berani kerana sudah ada pemimpin yang jadi BARUA mereka. BERAPA AGAKNYA komisen yang MUSA AMAN ni dapat ya???

hutan dah jadi padang, balak dah jadi papan tapi rakyat sabah masih tak dapat apa-apa. siapa yang untung dalam hal ni?? sudah semestinya GPS Sdn Bhd dan MUSA AMAN. co

aku kesal dengan dengan sebilangan wakil rakyat sabah yang pejamkan mata dan sanggup melihat hasil dan kekayaan sabah diragut oleh orang-orang yang tamak. buat CM Musa Aman sedar-sedarlah. tidak cukup lagikah duit gaji dan duit bisnes kamu itu. Hasil balak itu milik rakyat sabah bukan milik kamu. sudah-sudahlah dari menjadi TALI BARUT KAPITALIST WAHAI MUSA AMAN!!!