Saturday 21 February 2015

UMNO 'dodoikan' PAS


Kerusi DUN Chempaka akan diumumkan kosong oleh Speaker DUN Kelantan apabila penyandangnya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia pada malam jumaat yang lepas.

Serentak dengan itu baik Umno mahupun PAS faham jika berlaku kekosongan maka akan berlaku pilihan raya kecil dikawasan itu. jentera Umno boleh dikatakan bersedia menghadapi pilihan raya kecil pada bila-bila masa. PAS pula jangan cakap lah, tak buat persediaan sekalipun mereka yakin akan menang di DUN Chempaka itu. maklumlah kawasan tersebut milik PAS sejak tahun 1967 lagi.

Atas alasan ingin menumpukan bantuan kepada mangsa banjir, pengerusi perhubungan Umno Kelantan, Mustapha Mohamed (tokpa) menyatakan pendapat peribadi beliau bahawa Umno tidak perlu menghantar calon  dalam PRK DUN Chempaka. bagi dia membantu mangsa banjir dan membangunkan Kelantan yang musnah akibat banjir lebih penting dari berpolitik. wah bila tokpa cakap macam tu mesti kita sangka tokpa ni MB kelantan bukannya Datuk Ahmad Yaakub hehehe...
tapi yang tak enaknya kenapa tokpa beria-beria sangat nk bantu ni? tokpa ni tak insaf-insaf lagi ke?
bila bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat diperlekehkan oleh puak kopiah putih ni...katanya itu adalah gula-gula, pemberian tak ihklas...'kami tak nak wang bantuan tapi kami nak wang royalti' dan bermacam lagi caci maki puak lalat hijau ni....

Alasan lain Tokpa adalah kerana menghormati pemergian nik aziz ke rahmatullah. pada aku alasan ni boleh la dikatakan logik tapi waktu Ustaz Azizan (mantan MB kedah) meninggal, awat Umno pi lawan jugak kt kerusi DUN sungai limau..adakah Umno tak hormat kematian Ustaz Azizan? ada juga yang cakap Umno bagi laluan mudah kerana nak amik hati PAS. manalah tau hati PAS terbuka untuk bergabung dengan Umno. tapi bagi aku sebaik mana pn Umno, segigih mana pun usaha Umno utk berbaik-baik tetap akan di pandang serong oleh puak lalat hijau ni.

ada pendapat yang cakap faktor kewangan adalah salah satu alasan utk Umno tidak meletakkan calon. maklumlah Umno lebih menumpukan usaha merampas kerusi parlimen permatang Pauh. jika menang bertambahlah kerusi Umno dalam Parlimen,kalau kalah tak rugi apa. bukan itu ja, kemenangan moral juga akan berpihak kepada umno jika  kerana kerusi itu kekal menjadi milik PKR sejak 3 PRU lepas. sudah tentu kalau menang di kubu utama PKR ini boleh dikatakan peluang Umno utk mendapat majoriti 2/3 agak cerah.

Pandangan 20 sen aku, eloklah Umno letakkan calon di PRK DUN Chempaka..kalah menang itu adat pertandingan, yang penting Umno masuk gelanggang..di Gelanggang PRK ini jugalah Umno dapat mengukur sokongan pengundi di kelantan memandangkan Umno mengakui mereka banyak membantu rakyat kelantan ketika banjir.kalau menang itu ibarat bonus dan juga menang moral. kalau kalah itu takpalah sebab itu kawasan kubu kuat..lagipun Umno tak tercabar ke bila PAS Terengganu kata Umno pengecut..lagi satu,dulu Umno kata MCA pengecut sebab tak bertanding di PRK Bukit Gelugor,kalau sekarang MCA kata Umno Kelantan pengecut sebab tak mau lawan PRK DUN Chempaka macam mana?

No comments:

Post a Comment