Saturday 21 February 2015

Ulamak Pas guna keris Umno

Aku amat tertarik dengan kandungan dan perjalanan multaqa Pas yang diadakan baru baru ini. Tertarik bukan kerana Pas menggunakan gambar arwah nik aziz di bunting multaqa itu tetapi kerana ucapan berapi berapi para ulamak Pas.

Setakat isi pidato seperti 'mahu pemerintahan islam' menegakkan islam pada aku amat klise. Bagi aku yang menariknya kali ini golongan ulama Pas bersuara lantang menghentam PasMa yang dikatakan parasit dan hendak menjatuhkan tuan presiden.

berdegar-degar bagai petir yang ingin memanah syaitan,seorang ulamak Pas menyatakan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang berkomplot dalam usaha mensabotaj Presiden dan Majlis Syura.

Pendapat aku itu semua wayang menjelang Muktamar pemilihan Pas yang bakal diadakan pada Mei tahun ini. Golongan Ulamak nampaknya terdesak untuk mempertahankan kedudukan mereka didalam parti. Mereka perlu tunjuk bahawa merekalah pembela islam yang sebenar. Dengan lantang mereka menyatakan DAP tiada hak untuk campur tangan dalam perlaksanaan hudud di kelantan (walaupun kita semua tahu itu hanyalah gebang semata mata)

Sama seperti Umno ketika Pemilihan parti tahun 2013. Ketika itu dapat kita lihat beberapa ekor pemimpin Umno yang menggebangkan diri mereka selaku pemimpin pembela melayu. Kalau tiada mereka maka nasib melayu akan terus tertindas dibawah orang cina. Tapi lepas menang habuk pun tarakkkk, depa jadi tukang lulus projek kat cina lagi ada la..

Tak ada apa apa perubahan kepada Pas jika terus diterajui oleh Golongan agamawan.Umno pun toksah harap le Pas nak 'kahwin' dengan kamu sebab aku pernah sembang dengan aktivis Pas pro Ulama ni,deme lagi rela jadi lone ranger daripada bergabung dengan Umno. tetapi andaikata golongan Liberalis dan Sosialis mencipta sejarah menguasai Pas maka kita akan lihat suatu parti nafas baru yang aku jangka bakal beri saingan hebat kepada Umno/BN...juga bakal menjadi sekutu kesayangan DAP..

Leftenan : lebai pun pandai main wayang ...

No comments:

Post a Comment